janas
saya semakin pulih...Alhamdulillah...dan kembali ke mode yang best..
namun
sejak keberadaan saya di rumah..
terasa macam banyak sengsangat kelemahan..
kadang-kadang rasa bagus juga tahu diri tue lemah..
kadang-kadang kalu feeling tue melebih susah juga..
lemah sampai x boleh bangun..

huhu
di sini saya mahu selitkan sebuah cerita..
buat insan seperti saya yang sering merasakan dirinya lemah..
jumpa di buku majalah sekolah ummi..


Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar,masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya.
Satu daripada tempayan itu retak,sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun,hal ini terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu saja si tempayan yang tidak retak berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnannya dan berasa sedih sebab hanya dapat memberikan setengah dari porsi(bahagian kerja yg perlu diselesaikan..hehe..kalu x paham gak cari kamus dewan edisi keempat) yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,dan saya ingin memohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu berasa malu?"
"Saya hanya mampu,selama dua tahun ini,membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retak pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita.Kerana cacatku itu,telah membuatmu rugi."
Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak,dan dalam belas kasihannya,ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok,aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar,ketika mereka naik ke bukit,si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,dan itu membuatnya sedikit terhibur.Namun pada akhir perjalanan,ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor,dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu.Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita.Tanpa kamu sebagaimana kamu ada,majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
Setiap dari kita memiliki kekurangan dan kelemahan kita sendiri.Kita semua adalah seperti tempayan retak
(erkk..bukan mulut tempayan..).Namun jika kita mahu,Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasNya.Di mata Allah yang maha bijaksana,tiada yang terbuang percuma.Jangan takut akan kekuranganmu.Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Allah.(bukan ditulis oleh saya..haha)

:cinonet_29:hal ini kerana baru2 ini kawan-kawan saya sentiasa mengatakan keinginan mereka akan nasihat saya..(hadeih..dalam ramai2 org..korang mintak nasihat saya?) dan mengatakan mereka berasa lemah sekali..

:cinonet_01:namun apakah daya saya (cehh)..saya seperti mereka juga..tiada kuasa..saya hanya mampu berdoa kerana saya percaya dan yakin hanya Allah sajalah yang berkuasa..huhu..sila nasihatkan saya kerana saya ingin menjadi manusia yang berakal juga..(dipetik dari kata2 umar Al-Khattab..found when mengisi borang UPU fasa 2..tp tersekat kerana mengambil keputusan mengisi slps keluar result..huhu)

:cinonet_23:honto arigato!! before that..happy birthday to nainah..may Allah Bless u always n forever..

janas
cinta..cinta..
banyak sekali perkataan dan perkara yang berkaitan apabila saya mula menyelusuri blog2 remaja sekalian..
hehe
ramai sekali diuji dengan perasaan ini
saya juga pernah diuji dan sedang diuji
tp bukanlah cinta kepada makhluk-Nya tetapi akan-Nya
hadeihh
tp bukanlah perasaan ini yg ingin saya kemukakan
kerana saya sememangnya tidak berminat melayan perasaan ini (ceh perasaan lain ske plak)
once FatinZ best said to me that kecintaannya untuk menuntut ilmu mengatasi kecintaan terhadap makhluk..
saya sedar apabila cinta kepada Allahlah yang perlu melebihi segalanya
erkk ape nih..
terkeluar tajuk...hehe
hadeihh untuk kali kedua..

saya mengambil masa untk mengepost pd kali ini..huhu..
saya semakin gagal untuk menahan perasaan saya..(sila doakan saya)
bukanlah perasaan seperti yg dinyatakan seperti di atas
tetapi perasaan marah + benci + kecewa + ...kalu ada kurang sila tambah

balik dr asrama lg perasaan nih dah start
saya marah kepada pencuri cable
kerana dialah saya perlu turun dr gua saya dan berhenti menggunakan laptop kerana cable yg baru wifi x smooth dan tidak sampai connectionnya ke gua saya
ini bermakna saya terpaksa berkongsi dengan maddin desktopnya
apabila perkongsian berlaku bermakna perang juga berlaku
haha
saya sungguh-sungguh cuba mengawal perasaan marah saya
tp saya sedar...saya juga insan lemah..oleh itu saya pun termarah walaupun x disengajakan
apabila saya marah...saya akan megamuk
anda juga tahu...mengamuk itu menyakitkan..haha

orang kata cepat marah cepat tua
orang kata selalu senyum selalu nampak muda
kalau dua-dua..
hehe

saya sedar kekhilafan saya..saya juga ingin meminta maaf kepada mkck B (ceh ego..x nak ckp sendiri...haha) kerana selama saya merasai perasaan ini..andalah tempat saya meberitahu
bila anda dah x dek (bukan meninggal tau)
baru saya sedar...saya sememangnya dan sepatutnya meluahkan kepada Allah yg terutama..
Alhamdulillah...setelah beberapa kali saya confess kepada-Nya..Allah telah memberi petunjuknya kepada saya..
hehe
oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda sekalian..

saya telah mengorek dan mengemas rak majalah..dan saya telah menjumpai sebuah majalah wanita..hehe...agak segan saya menyatakannya di sini kerana cover majalah tersebut ada tertulis ASPIRASI WANITA 40++..hehe..saya berharap anda tidak mencarinya...
walaupun saya yang membelinya..tetapi hanyalah kerana diminta oleh ummiku sayang..harap anda tak salah sangka..hehe..nampaknya saya perlu mengawal passion saya terhadap pembacaan...

credits to saudari Hasliza AR Kamaludin..penulis salah satu ruangan dlm majalah ni..kerana telah menulis tentang artikel ini..dan berupaya membuka mata saya..seterusnya menjadi penawar kepada perasaan ini..saya juga telah ketemu cara yang sama dan sebijik dlm blog ini.
saya agak malas mengcopy paste artikel tersebut..anda bolehlah melawat blog ini..saya masih dlm peringkat percubaan untuk menery keenam-enam cara ini..(please support me)

saya juga telah menjumpai sebuah lagi buku berjudul Toxic People ketika proses kemas-mengemas dijalankan..hehe..by Lilian Glass..about 10 ways to handle some people that really make me sick!! (ceh ayat sendiri)..anda patut membacanya..cuma saya nasihatkan anda supaya ambil yg baik2 sahaja kerana anda juga tahu ini adalah pemikiran org2 dari Barat..huhu..enjoy reading!!

kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

selalunya..kata2 yang menyebabkan berlakunya kesakitan hati yg teramat..tp kadang2 perbuatan juga..
saya plg marah apabila seseorang telah mengemas meja study saya..


buat pengetahuan anda insan yg pernah dimarah saya kerana mengemas meja saya suatu ketika dahulu kini pernah suatu ketika sanggup berkongsi meja study yg semak itu dengan saya..haha..anda ingin tahu siapakah insan tersebut??..beliau juga ketua dan penolong saya..mcm mane tue ek?? sila suarakan pendapat anda..patutkah study dengan meja yg semak?? pembetulan yea..gambar ini diambil ketika menyiapkan projek scrap book cikgu AR yg tergendala agak lama..haha..bkan study..(ceh kalu study meja semak gak)

saya agak..agak ye..marah apabila maddin mendendangkan lagu plkn kepada saya..anda juga tahu saya ....... plkn...huhu
anda ingin tahu mengapa beliau berbuat sedikian..
haha
hal ini kerana saya telah merampas
Pirate hak penggunaan desktopnya untuk bermain counterstrike..halflife..crysis...huhu..ada lg tp saya x hafal..
baru saya ketahui bagaimana orang yang suka benar akan game ini..and how they are being addicted..saya tidak berminat dalam bermain game..game yg saya minat hanyalah mario x pun platform game..senang2 kata game pompuan..haha..

saya ada nada menyesal..huhu dan bersimpati akan beliau..kerana kemarahan satu-satunya hero dlm family saya lebih membara dr saya apabila ummi telah mengkuarantinkan bilik desktop tersebut dr beliau..
oleh itu saya masih membenarkan (ceh mcm desktop die jek) adik saya untuk menengok-nengok gambar game best2 (die kata best) dan cheat code untuk gamenya (x aci kan main gne cheat code?)...wahai adikku,sedarlah anda..tahun ini anda bakal menduduki UPSR..walaupun org kata laki x study pun dah terer..otak mereka memang brilliant..Allah tahu segalanya..(semasa saya UPSR saya diharamkan menonton that idiot box..selama 6 bulan..padan mke tue la addicted ngat) anda perlu merasakan satu cabaran apabila 4 kakakmu berjaya mengutip mata penuh dlm UPSR mereka..haha..maka wahai adikku studylah kamu..bagilah saya hak penggunaan desktop sepenuhnya(seharapnya jgnlaa die baca post kali nie)

walaupun saya sering bergaduh dengan beliau..walaupun ada nada kesal dan terasa seperti kakak plg kejam dan zalimonous dlm sejarah..haha..dia masih memerlukan saya for watching late or midnight movie (adaka patut sepatutnya bawak2 laa budak tu tido awl ke..terasa cam mengaja tido lewat plak) and i need him to accompany me to buy laksa and ABC at kedai Tok Chu yg best (penakut baru belaja keluar dr guanya..haha)..kuih kacang kat sana sepuluh sen jek..best2..dan plg kes terkejutkan saya..saya bersembang dengan beliau tentang game2nya
LargeGasp kepada both honourable adviser he ask you two buy him graphic card..katanya bleh nampak bayang2 supaya senang nak tembak..haha..saya semakin terer tentang game2 nya

kesimpulannya..bergaduh mengeratkan lg silaturrahim...erkk..bukan-bukan... peristiwa ini telah menyedarkan saya..saya sememangnya tidak layak untuk marah..semua kejadian terjadi dengan kehendaknya..teringatkan persitiwa lampau..hehe..saya telah merosakkan LCD putih ayah (Alhamdulillah bukan yang hitam) ketika menengok BLEACH 91-135..ayah hanya bertanya..ayah x marahkan saya pun..ayah is totally cool..yeah!! (syok rr x kna marah..sebenarnya cuak gak..hehe)..saya amat mengkagumi ayah mengawal kemarahannya..para ayah sekalian sememangnya begitu..
saya juga telah memerhatikan beberapa insan yang sememangnya amatlah terer mengawal kemarahan mereka..saya sepatutnya mencontohi mereka..insan2 tersebut ialah ummiku sayang,warden2 dan murabbi sekalian,dan juga beberapa kawan saya..insan2 ini mempunyai cara2 mereka tersendiri..saya cuba mempraktikkannya..anda perlu menyokong saya..
saya juga ingin menjadi kuat seperti mereka..

ketika saya sedang menulis post ini..berapa kali entahlaa edit..both honourable adviser saya in Banzai Mode..mereka akan menghadapi killer subjek untk periksa esok..saya hanya mampu berdoa dan solah hajat untuk anda..(terasa agak seram untk mengikuti langkah anda berdua mengambil medic..haha) Moga Allah sentiasa permudahkan anda..InsyaAllah..mohon anda juga mendoakan para mujahidah ini..

hadeihh untuk kali ke...jap nak cari kat atas..ok...kali ketiga
banyak sekali saya telah merapu dan meraban..
from the nut shell...betul x gne die??..haha
saya masih...menahan kemarahan saya..saya agak pelik mengapa mereka meletakkan saya dlm biro disiplin selama 2 tahun..biro plg banyak marah..saya tahu hal ini untuk mengajar saya belajar mengawal kemarahan...huhu
saya sepatutnya marah kepada Yahudi yg merobek kesucian Palestine..
dan saya sedar semuanya datang dr diri saya sendiri yg penuh dengan kelemahan...
.

...Our Lord! We have wronged our own souls: If you forgive us not and bestow not upon us Your Mercy, we shall certainly be lost.. (Al-A'raf 7:23)
Ameen...Blush

janas
seperti keselaluannya..soalan yg penulis dpt dalam yahoo messengernya..
how's ur life?..buat pe cuti?..cuti keje pe?..dan sama maksud dgnnya..and paling top skali soalan ialah..pegi plkn bila?

cuti nih?? hadeihh..penulis hanyalah bekerja di rumah..selepas perjanjian dibuat btw ummi n ayah..penulis mendpt gaji seba
nyak rm300..namun akan ditolak sekiranya terdpt unsur kemalasan..huhu
ummi merasakan agak banyak nilai gaji penulis n end up menghantar penulis ke kelas menjahit..huhu..penulis agak terkejut..dan ramai juga terkejut..
penulis memikirkan ada bagusnya kerana bersesuain dgn azam taun baru yg diberikan oleh timahk kpd penulis iaitu..menjd lebih feminine..
adakah selama ini penulis kurang elemen femininnya?
if you still remember..teacher bi merangkap teacher estnya sir yahya once said:jannah,be a gentle lady..

anda boleh menanyakan classmate penulis apa yg penulis telah lakukan kerana penulis takkan menyatakannya di sini..

menjd lebih feminine? hmm..agak sukar mendefinisikannya..adakah menj
d lebih solehah? muslehah? atau lebih lemah lembut..bersopan santun..atau meminati warna2 keperempuanan like pink..purple....someone need to tell penulis..
penulis sememangnya buntu akan hal ini..

oleh sebab itu,penulis dgn rela hati menjd suri rumah dan belajar menjahit dan memasak dgn ummi...

Awie Butik kedai di mana kelas penulis..15 jam dgn kadar upah rm 150 bermakna gaji penulis menjadi separuh..huhu..belajar menjahit baju kurung..ambil ukuran..jahit list..berulang alik dr kedai jual barang menjahit kerana sering lupa beli barang yg disuruh..selalunya ada beberapa org datang belajar katanya tp sepanjang penulis belajar..penulis hanya seorang..berasa sedikit segan..mengenali k hidayah..k mira..k ummi..they are so sweet to penulis..


ummi said kalu penulis nak belajar memasak ummi hanta ke restoran sebelah kedai ni..tp sememangnya penulis tak berkuasa melakukannya..huhu..ataupun penulis x mahu gajinya dipotong lg..kain pertama yang menjadi eksperimen penulis hadiah drpd mak n ayah angkat penulis..kedai nih hanya berdekatan dgn rumah penulis yg sememangnya berdekatan dgn pekan so penulis dtg dgn gereknya(erkk..maaf gerek umminya)..penulis sepatutnya rasa amat bertuah krn dihantar ke sini krn belum lg adik beradiknya belaja dr profesional..semuanya belajar menjahit dr ummi..atau..penulis seorang shj yg x mahu belajar dgn ummi that's why ummi hantar..hehe..

alhamdulillah,penulis berjaya menamatkan pengajiannya..tp..k awie pesan perlu berlatih dgn 5 baju baru bleh jahit baju org lain..kpd sesiapa yg tlh menyatakan keinginannya hendak menempah baju dr penulis...harap bersabar..ummi masih bertanya samada penulis mahu meneruskan pengajiannya dgn menjahit baju fesyen atau baju lelaki..nampaknya penulis masih mempertimbangkannya..anda patut menyatakan pendapat anda..

like always..lepasan spm akan bekerja...ambil lesen(penulis perlu blaja kawal mesin jahit dulu baru kawal stereng..huhu)..penulis mendpti ramai dan memang ramai kawannya bekerja di nursery dan tadika..dgn gaji yg agak lumayan(kpd mereka ini perlu membelanja penulis)..ada juga sebagai cikgu(penulis tidak pandai mengajar dan penulis merasakan ramai tak akan faham)..masuk kibar(penulis amat lemah akan bahasa)..kedai buku(penulis sememangnya jeles kpd kawan penulis ini krn penulis amat teringin akan kerja ini..huhu)..ada juga yg masih sampai skrg hanya duduk rumah shj..penulis perlu bersyukur krn duduk di rumah bergaji..huhu..


penulis berasakan cuti ini ada peliknya..setelah sekian lama tidak keluar dr guanya..penulis menerima ajakan ummi ke sekolahnya..majlis bubur asyura..tayangan palestin..pada mulanya penulis ada berkenalan dgn beberapa bdak kelas sains..namun tak dilayan..penulis berasa agak kecewa..atau mungkin salah penulis sendiri yg sememangnya tidak ramah..atau tak pandai masuk topik..n then they end up talking among themselves..adakah selama ini penulis talking to the wall?...they even don't ask nama penulis..penulis mengambil keputusan untk pegi dr situ dan duduk sorang2..puas hati..then dtg beberapa bdak kelas bkan sains..mereka begitu ramah skali..love'em..penulis berkenalan dgn last left Zaimira..last right Syatirah..dan yg lain telah terlupa..and then penulis think back..is it reflects to diri penulis? perlakuan mereka..kerana penulis pelajar aliran sains..adakah penulis selama ini begitu? adakah..teguran akan hal ini drpd allah..supaya penulis menjd lebih sedar dan lebih bergaul dgn dunia luar??
Sarcastic atau sememangnya tanpa penulis sedari..pelajar aliran sains sememangnya begini?..anda lebih a'riff dr penulis..

cuti ini juga penulis pergi menery nasi ayam di bawah payung besar bersama maddin..when ummi n ayah tiada di rumah..setelah sekian lama penulis menginginkannya..sejak penulis balik dr asrama lg..apabila lalu di hadapan kedai ini..mudah shj untk pergi ke kedai ini kerana kedai ini(adakah patut dipanggil kedai?) terletak bersebelahan bank islam..penulis pergi bersama gereknya..walau bagaimana pun taste penulis terhadap nasi ayam selama penulis menery hanyalah pada nasi ayam ummi sahaja..huhu..x dek pesaing lg..berlaku lg peristiwa ajaib kpd penulis..pada mulanya penulis ambil tidak kisah apabila pekerja tempat penulis mengambil nametag ummi bertanya:adik nie anak cikgu kamaliah? and then baru penulis sedar keajaibannye apabila a guy that take the order asked penulis the same question (penulis cuba untk tidak menunujukkan reaksi ajaib)..adakah begitu feymes menjd anak cikgu? atau baling sememangnya kecil..haha..
penulis juga kakinya semakin rajin untk keluar..pergi ke sungai petani..menikmati rfc yg selama ini penulis hanyalah makan yg telah dibungkus..penulis berasa agak janggal untk memakai tali pinggang di belakang sejak peraturan pemakaiannnya bermula 1 januari..dan gambar ini menunjukkan kesan pemakaian seat belt bg maddin..katanya susah untk tido..rules ttp rules..peraturan ada baiknya..nampaknya ayah perlu menginstall banyak seat belt untk van kelak..huhu..


seperti yg dikatakan penulis belajar memasak dr umminya..memasak sememangnya susah untk peulis yg baru belajar..perlu banyak menghafal..penulis merasakn hafal sejarah lg mudah drpd menghafal resepi..berapa biji bawang..bawang pula terbahagi kpd 3..hadeihh..cabaran ini perlu disambut oleh penulis dgn baik untk menjd lebih feminin..penulis juga belajar membuat manisan..tp penulis berharap anda tidak meminta penulis membuatnya walaupun satu..anda boleh minta kpd adik mayam..krn dia sememangnya expertise dlm bab ini..antaranya puding n kek coklat (versi cik dayat) n kek batik..makanan asas manisan pelajar puteri..memasak memerlukan banyak kesabaran..penulis amat tidak tahan akan ini..anda perlu mendoakan yg terbaik untk penulis

versi adik mayam ada

versi adik mayam x ada(ditujukan kpd honourable adviser 2
sempena birthdaynya 28 haribulan) ada perbezaan?

nampaknya kerana agak banyak penulis makan sepanjang cuti ini..makanan yg jarang sekali di makan oleh penulis ketika berada di asrama..contohnya yongtaufu (sebenarnya penulis menginginkan satay,tp seperti selalunya ayah hanya beli pada waktu result keluar..huhu)
kalori dlm badan juga makin bertambah..ada nada kesal..penulis mengambil tindakan untk berjogging bersama ummi keliling kg, dan sg..penulis berhajat untk mendaki bukit cinta (masih tidak tahu mengapa digelar sedemikian) bersama gereknya..tp ayah still x bagi kerana masih x pandai menukar gear gereknya..huhu..penulis x mahu digelar hipokrit..seperti yg anda tahu..di asrama berriadhah..tp di rumah..
penulis juga mahu mengekalkan akal yg sehat dgn beriadhah kerana kebelakangan ini penulis agak terover dlm menonton drama..anda juga tahu..sila nasihat penulis..mata penulis semakin menjd mata panda atau sesetengah memanggilnya blood shot..hehe..baru2 ini juga penulis agak terminat kpd satu-satunya cerita korea (penulis sememangnya x minat akan cerita korea) bernama new heart..kepada peminat cerita Iryuu doctor medical dragon atau House M.D (kpd honourable adviser 2,penulis masih mencari masa untk mendownload cerita ini)..penulis agak berkenan akan cerita ini..
sememangnya penulis sedang menunggu panggilan plkn dan surat..penulis mendpt tahu penulis mendpt panggilan ke-2..kadangkala penulis merasa amat kasihan akan diri penulis..ramai juga begitu..penulis made the mind,penulis akan pergi jika mendpt surat..penulis x mahu plkn menghantui sepanjang hidupnya..ini satu lg ujian kpd penulis supaya penulis lebih dekat dgn penciptanya..
penulis cuba berjinak-jinak dgn beberapa buah buku yg menyentuh hati..maybe sbg persediaan ke sana..sememangnya penulis amat menghormati para pembaca buku2 ini..jika ada kesempatan penulis akan membuat review terhadap beberapa buku yg telah di bacanya (penulis x sabar untuk ke pesta buku)..jika penulis terasa amat berat untk memahaminya..penulis akan mengambil masa agak lama membacanya kadangkala berhenti dgn buku pemikiran org barat..kemudian sambung semula..
kadangkala penulis merasakan plkn amatlah berat ujiannya kpd penulis kerana sehingg kini penulis x berhenti-henti memikirnya..kemudian penulis teringat akan saudara seakidahnya di palestin yg begitu cekal sekali..terasa seperti satu tamparan kpd penulis..betapa lemahnya penulis untk menghadapi plkn..huhu..honto arigatou kpd semua insan2 yg sentiasa memberi sokongan..dan memperingati penulis selalu akan Allah,penciptanya..supaya penulis menjadi lebih kuat..
(to be continue)