saya semakin pulih...Alhamdulillah...dan kembali ke mode yang best..namun
sejak keberadaan saya di rumah..
terasa macam banyak sengsangat kelemahan..
kadang-kadang rasa bagus juga tahu diri tue lemah..
kadang-kadang kalu feeling tue melebih susah juga..
lemah sampai x boleh bangun..
huhu
di sini saya mahu selitkan sebuah cerita..
buat insan seperti saya yang sering merasakan dirinya lemah..
jumpa di buku majalah sekolah ummi..

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar,masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya.
Satu daripada tempayan itu retak,sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun,hal ini terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu saja si tempayan yang tidak retak berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnannya dan berasa sedih sebab hanya dapat memberikan setengah dari porsi(bahagian kerja yg perlu diselesaikan..hehe..kalu x paham gak cari kamus dewan edisi keempat) yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,dan saya ingin memohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu berasa malu?"
"Saya hanya mampu,selama dua tahun ini,membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retak pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita.Kerana cacatku itu,telah membuatmu rugi."
Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak,dan dalam belas kasihannya,ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok,aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar,ketika mereka naik ke bukit,si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,dan itu membuatnya sedikit terhibur.Namun pada akhir perjalanan,ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor,dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu.Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita.Tanpa kamu sebagaimana kamu ada,majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
Setiap dari kita memiliki kekurangan dan kelemahan kita sendiri.Kita semua adalah seperti tempayan retak(erkk..bukan mulut tempayan..).Namun jika kita mahu,Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasNya.Di mata Allah yang maha bijaksana,tiada yang terbuang percuma.Jangan takut akan kekuranganmu.Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Allah.(bukan ditulis oleh saya..haha)
hal ini kerana baru2 ini kawan-kawan saya sentiasa mengatakan keinginan mereka akan nasihat saya..(hadeih..dalam ramai2 org..korang mintak nasihat saya?) dan mengatakan mereka berasa lemah sekali..
namun apakah daya saya (cehh)..saya seperti mereka juga..tiada kuasa..saya hanya mampu berdoa kerana saya percaya dan yakin hanya Allah sajalah yang berkuasa..huhu..sila nasihatkan saya kerana saya ingin menjadi manusia yang berakal juga..(dipetik dari kata2 umar Al-Khattab..found when mengisi borang UPU fasa 2..tp tersekat kerana mengambil keputusan mengisi slps keluar result..huhu)
honto arigato!! before that..happy birthday to nainah..may Allah Bless u always n forever..

(^^) cerita yang sangat sangat sangat 200X dapat memberi kesan.
lepas ni, akak nak baca cerita yang jannah sendiri tulis dari lubuk hati jannah sendiri..
akak nantikan saat itu..
very nice story sis..
keep it up....