janas
seperti keselaluannya..soalan yg penulis dpt dalam yahoo messengernya..
how's ur life?..buat pe cuti?..cuti keje pe?..dan sama maksud dgnnya..and paling top skali soalan ialah..pegi plkn bila?

cuti nih?? hadeihh..penulis hanyalah bekerja di rumah..selepas perjanjian dibuat btw ummi n ayah..penulis mendpt gaji seba
nyak rm300..namun akan ditolak sekiranya terdpt unsur kemalasan..huhu
ummi merasakan agak banyak nilai gaji penulis n end up menghantar penulis ke kelas menjahit..huhu..penulis agak terkejut..dan ramai juga terkejut..
penulis memikirkan ada bagusnya kerana bersesuain dgn azam taun baru yg diberikan oleh timahk kpd penulis iaitu..menjd lebih feminine..
adakah selama ini penulis kurang elemen femininnya?
if you still remember..teacher bi merangkap teacher estnya sir yahya once said:jannah,be a gentle lady..

anda boleh menanyakan classmate penulis apa yg penulis telah lakukan kerana penulis takkan menyatakannya di sini..

menjd lebih feminine? hmm..agak sukar mendefinisikannya..adakah menj
d lebih solehah? muslehah? atau lebih lemah lembut..bersopan santun..atau meminati warna2 keperempuanan like pink..purple....someone need to tell penulis..
penulis sememangnya buntu akan hal ini..

oleh sebab itu,penulis dgn rela hati menjd suri rumah dan belajar menjahit dan memasak dgn ummi...

Awie Butik kedai di mana kelas penulis..15 jam dgn kadar upah rm 150 bermakna gaji penulis menjadi separuh..huhu..belajar menjahit baju kurung..ambil ukuran..jahit list..berulang alik dr kedai jual barang menjahit kerana sering lupa beli barang yg disuruh..selalunya ada beberapa org datang belajar katanya tp sepanjang penulis belajar..penulis hanya seorang..berasa sedikit segan..mengenali k hidayah..k mira..k ummi..they are so sweet to penulis..


ummi said kalu penulis nak belajar memasak ummi hanta ke restoran sebelah kedai ni..tp sememangnya penulis tak berkuasa melakukannya..huhu..ataupun penulis x mahu gajinya dipotong lg..kain pertama yang menjadi eksperimen penulis hadiah drpd mak n ayah angkat penulis..kedai nih hanya berdekatan dgn rumah penulis yg sememangnya berdekatan dgn pekan so penulis dtg dgn gereknya(erkk..maaf gerek umminya)..penulis sepatutnya rasa amat bertuah krn dihantar ke sini krn belum lg adik beradiknya belaja dr profesional..semuanya belajar menjahit dr ummi..atau..penulis seorang shj yg x mahu belajar dgn ummi that's why ummi hantar..hehe..

alhamdulillah,penulis berjaya menamatkan pengajiannya..tp..k awie pesan perlu berlatih dgn 5 baju baru bleh jahit baju org lain..kpd sesiapa yg tlh menyatakan keinginannya hendak menempah baju dr penulis...harap bersabar..ummi masih bertanya samada penulis mahu meneruskan pengajiannya dgn menjahit baju fesyen atau baju lelaki..nampaknya penulis masih mempertimbangkannya..anda patut menyatakan pendapat anda..

like always..lepasan spm akan bekerja...ambil lesen(penulis perlu blaja kawal mesin jahit dulu baru kawal stereng..huhu)..penulis mendpti ramai dan memang ramai kawannya bekerja di nursery dan tadika..dgn gaji yg agak lumayan(kpd mereka ini perlu membelanja penulis)..ada juga sebagai cikgu(penulis tidak pandai mengajar dan penulis merasakan ramai tak akan faham)..masuk kibar(penulis amat lemah akan bahasa)..kedai buku(penulis sememangnya jeles kpd kawan penulis ini krn penulis amat teringin akan kerja ini..huhu)..ada juga yg masih sampai skrg hanya duduk rumah shj..penulis perlu bersyukur krn duduk di rumah bergaji..huhu..


penulis berasakan cuti ini ada peliknya..setelah sekian lama tidak keluar dr guanya..penulis menerima ajakan ummi ke sekolahnya..majlis bubur asyura..tayangan palestin..pada mulanya penulis ada berkenalan dgn beberapa bdak kelas sains..namun tak dilayan..penulis berasa agak kecewa..atau mungkin salah penulis sendiri yg sememangnya tidak ramah..atau tak pandai masuk topik..n then they end up talking among themselves..adakah selama ini penulis talking to the wall?...they even don't ask nama penulis..penulis mengambil keputusan untk pegi dr situ dan duduk sorang2..puas hati..then dtg beberapa bdak kelas bkan sains..mereka begitu ramah skali..love'em..penulis berkenalan dgn last left Zaimira..last right Syatirah..dan yg lain telah terlupa..and then penulis think back..is it reflects to diri penulis? perlakuan mereka..kerana penulis pelajar aliran sains..adakah penulis selama ini begitu? adakah..teguran akan hal ini drpd allah..supaya penulis menjd lebih sedar dan lebih bergaul dgn dunia luar??
Sarcastic atau sememangnya tanpa penulis sedari..pelajar aliran sains sememangnya begini?..anda lebih a'riff dr penulis..

cuti ini juga penulis pergi menery nasi ayam di bawah payung besar bersama maddin..when ummi n ayah tiada di rumah..setelah sekian lama penulis menginginkannya..sejak penulis balik dr asrama lg..apabila lalu di hadapan kedai ini..mudah shj untk pergi ke kedai ini kerana kedai ini(adakah patut dipanggil kedai?) terletak bersebelahan bank islam..penulis pergi bersama gereknya..walau bagaimana pun taste penulis terhadap nasi ayam selama penulis menery hanyalah pada nasi ayam ummi sahaja..huhu..x dek pesaing lg..berlaku lg peristiwa ajaib kpd penulis..pada mulanya penulis ambil tidak kisah apabila pekerja tempat penulis mengambil nametag ummi bertanya:adik nie anak cikgu kamaliah? and then baru penulis sedar keajaibannye apabila a guy that take the order asked penulis the same question (penulis cuba untk tidak menunujukkan reaksi ajaib)..adakah begitu feymes menjd anak cikgu? atau baling sememangnya kecil..haha..
penulis juga kakinya semakin rajin untk keluar..pergi ke sungai petani..menikmati rfc yg selama ini penulis hanyalah makan yg telah dibungkus..penulis berasa agak janggal untk memakai tali pinggang di belakang sejak peraturan pemakaiannnya bermula 1 januari..dan gambar ini menunjukkan kesan pemakaian seat belt bg maddin..katanya susah untk tido..rules ttp rules..peraturan ada baiknya..nampaknya ayah perlu menginstall banyak seat belt untk van kelak..huhu..


seperti yg dikatakan penulis belajar memasak dr umminya..memasak sememangnya susah untk peulis yg baru belajar..perlu banyak menghafal..penulis merasakn hafal sejarah lg mudah drpd menghafal resepi..berapa biji bawang..bawang pula terbahagi kpd 3..hadeihh..cabaran ini perlu disambut oleh penulis dgn baik untk menjd lebih feminin..penulis juga belajar membuat manisan..tp penulis berharap anda tidak meminta penulis membuatnya walaupun satu..anda boleh minta kpd adik mayam..krn dia sememangnya expertise dlm bab ini..antaranya puding n kek coklat (versi cik dayat) n kek batik..makanan asas manisan pelajar puteri..memasak memerlukan banyak kesabaran..penulis amat tidak tahan akan ini..anda perlu mendoakan yg terbaik untk penulis

versi adik mayam ada

versi adik mayam x ada(ditujukan kpd honourable adviser 2
sempena birthdaynya 28 haribulan) ada perbezaan?

nampaknya kerana agak banyak penulis makan sepanjang cuti ini..makanan yg jarang sekali di makan oleh penulis ketika berada di asrama..contohnya yongtaufu (sebenarnya penulis menginginkan satay,tp seperti selalunya ayah hanya beli pada waktu result keluar..huhu)
kalori dlm badan juga makin bertambah..ada nada kesal..penulis mengambil tindakan untk berjogging bersama ummi keliling kg, dan sg..penulis berhajat untk mendaki bukit cinta (masih tidak tahu mengapa digelar sedemikian) bersama gereknya..tp ayah still x bagi kerana masih x pandai menukar gear gereknya..huhu..penulis x mahu digelar hipokrit..seperti yg anda tahu..di asrama berriadhah..tp di rumah..
penulis juga mahu mengekalkan akal yg sehat dgn beriadhah kerana kebelakangan ini penulis agak terover dlm menonton drama..anda juga tahu..sila nasihat penulis..mata penulis semakin menjd mata panda atau sesetengah memanggilnya blood shot..hehe..baru2 ini juga penulis agak terminat kpd satu-satunya cerita korea (penulis sememangnya x minat akan cerita korea) bernama new heart..kepada peminat cerita Iryuu doctor medical dragon atau House M.D (kpd honourable adviser 2,penulis masih mencari masa untk mendownload cerita ini)..penulis agak berkenan akan cerita ini..
sememangnya penulis sedang menunggu panggilan plkn dan surat..penulis mendpt tahu penulis mendpt panggilan ke-2..kadangkala penulis merasa amat kasihan akan diri penulis..ramai juga begitu..penulis made the mind,penulis akan pergi jika mendpt surat..penulis x mahu plkn menghantui sepanjang hidupnya..ini satu lg ujian kpd penulis supaya penulis lebih dekat dgn penciptanya..
penulis cuba berjinak-jinak dgn beberapa buah buku yg menyentuh hati..maybe sbg persediaan ke sana..sememangnya penulis amat menghormati para pembaca buku2 ini..jika ada kesempatan penulis akan membuat review terhadap beberapa buku yg telah di bacanya (penulis x sabar untuk ke pesta buku)..jika penulis terasa amat berat untk memahaminya..penulis akan mengambil masa agak lama membacanya kadangkala berhenti dgn buku pemikiran org barat..kemudian sambung semula..
kadangkala penulis merasakan plkn amatlah berat ujiannya kpd penulis kerana sehingg kini penulis x berhenti-henti memikirnya..kemudian penulis teringat akan saudara seakidahnya di palestin yg begitu cekal sekali..terasa seperti satu tamparan kpd penulis..betapa lemahnya penulis untk menghadapi plkn..huhu..honto arigatou kpd semua insan2 yg sentiasa memberi sokongan..dan memperingati penulis selalu akan Allah,penciptanya..supaya penulis menjadi lebih kuat..
(to be continue)
Tags: , edit post
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    baju lelaki la pulak,
    sian kt maddin n ayah, he he he


  2. hood@sunny Says:

    Salam, heheh byknye tulis, bagus2. ni yg nk komen byk2 nih~

    1. Be a gentle lady, bukannya lemah lembik. Perlu jadi lembut, sbb rasulullah pon lembut. ingatlah kalo kita yg 'naturally' cam 'kasar', berusaha utk lembut kerana kita sedar dgn kelembutan itu boleh menyebarkan dakwah dan menjadi role model, kita akan dapat lebih pahala berbanding org yg sedia lembut dan santun.Feminisme, hati2 dgn idealisma ini. kadang2 bleh memesongkan aqidah. cuma pesanan, selami nilai feminisme dlm jiwa sahabiah2 zaman rasulullah, i-allah jannah dpt memahaminya.

    2. Teruskan belajar menjahit, keep it up..jubah, kebarung, baju melayu n fesyen2 islami.(sbb nnt uda nk kirim kain best2)lgpon ilmu jahitan melayu ni da maikn kurang org yg nk menuntutnya.. best dan tambah smgt lagi kalo jannah bc buku manikam kalbu(faisal tehrani)berkisar ttg kesan pakaian dlm kehidupan dan asal-usul baju kurung melayu.

    3. best tau bila seorang murid belajar terus, direct dgn gurunya. ilmu itu akan tertumpu dan i-allah tiada ilmu yg tercicir.begitulah cara ulama2 dan para cendikiawan islam dulu menuntut ilmu, dicarinya org yg pakar, dan duduk lutut bertemu lutut utk menadah dan menuntut ilmu. bukannya menunggu guru dtg kepadanya.

    4. nasi ayam ummi mmg best!! tp teringin jugak nk menerai nasik ayam payung besar..huhuhu mungkin suatu hari nanti i-allah. xpon jannah yg amik alih retoran tuh(hasil kursus komprehensif dari ummi :P)

    5. kemana tumpahnya kuah kalo x ke nasi.(heheh, uda pon slalu kalo ummi dtg skb ataupon ma3,cikgu2 n kawan2 ckp: ni mak uda kn??):D genetik itu mmg menjadi warisan. tetapi, iman kita tidak..peliharalah iman dan hidayah yg kita dapat, sbgaimana ummiayah berusaha utk mewariskan kefahaman dan kesedaran islamnya kpd kita.

    6. Pakai seat belt kat belakang?huhuuhu mmg x best nk tidooo..

    7. belajar memasak? best rupanya memasak ni, campak je.. k uda xde peluang nk blajar masak ngn ummi(ceh, alasan!!)jadi terbang ke egypt dgn berbekalkan tawakal n blajar sniri2 ngn kawan2.kira best aa jannah, boleh la masakkan kat k uda n k una time kitorang balik nnt..:D

    8. Puding dan manisan? jannah wat ke? huhuh sedapnye...perbezaannye... lapik meja dah tukar:D

    9. Berbasikal, berenang n berjoging sgt baik utk kesihatan jantung.bersukan bukan utk turunkan kalori je, tp kene niat utk memelihara nikmat sihat dan badan yg allah bg.(jgn jeles, k uda sempat naik bukit cinta ngn ayah gne beskal gear umi tu :P)

    10. Cerita korea? new heart? medical-based story ke?? nk tgk jugak la.. huhuhu. tgk2 drama ni perlu kpd penapisan aqal. sbb takut terselit unsur2 yg memesongkan akidah dlm drama tu yg tanpa kita sedari meracuni pemikiran dan tingkah laku kita.

    11. utk kes plkn pulak, k uda doakan yg terbaik utk jannah. berat dan dahsyat ujian plkn itu. walaupun k uda x melaluinya, tetapi uda dapat rasa melalui pengalaman sahabat2 & kawan2. perlu kpd ketahanan jiwa, pergantungan TOTAL kepada Allah,dan persediaan mental, jiwa serta jasmani. Solat hajat byk2 mohon allah bg yg terbaik for plkn & ur result. Semoga menjadi insan baru yg bukan sahaja muslimah, solehah, tetapi juga muslehah. i count on you my sis~

    doakan k uda n k una di bumi badawi ini. moga allah mendengar dan memperkenankan doamu adikku..

    salam rindu dari barat perlembahan nil,
    3 safar 1430H
    Bait ateeq, Tanta.


  3. sinar_islami Says:

    salam..kak sha nak belaja wat puding tu..
    huhu...suka puding..nak juga